Resepi



GULAI KUNING IKAN

Bahan-bahan:

1. Ikan tongkol/ kembong dipotong (3@4 ekor)

2. ½ sudu the Ketumbar

3. 2 inci Lengkuas

4. 1 sudu teh Serbuk kunyit

5. 3 ulas bawang merah

6. 1 cawan santan

7. 2 biji lada besar (lada Hidup)

8. Garam & Gula secukup rasa.


Cara Masak:

1. Panaskan santan sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk seperti bawang merah, lengkuas, ketumbar dan serbuk kunyit.

3. Kacau sehingga sebati.

4. Selepas itu, masukkan ikan dan hirisan lada besar (lada hidup) serta garam & gula secukup rasa.

5. Kacau dan biarkan seketika.

6. Apabila masak, sedia untuk dihidang.



KUZI AYAM


Bahan-bahan

3 ekor ayam                                                                                     
1 ½ kilo bawang goreng(blender)
2 tin susu susu cair                                                                       
3 sudu makan rempah kuzibancuh dgn air
2 botol tomato Delmonte @ 1 botol tomato campur 1 tin tomato pure
Kismis, kacang tanah, badam, hati pedal dipotong kecil-kecil  -semuanya digoreng
Garam dan bawang putihditumbuk(perap ayam)
Minyak masak                                                                                    
sedikit minyak sapi
Kulit kayu manis 5”, bunga lawang 5,                                            
20 ulas bawang merah                                                                                                  
4” halia dihiris
3 ulas bawang putih

Cara memasak

1.    Ayam dipotong kecil2 , gaul dengan garam dan bawang putih kemudian digoreng setengah masak.
2.    Masukkan minyak  masak dan sedikit minyak sapi, bila panas tumis kakas kasar(kulit kayu manis, bunga lawang),  bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kuzi.
3.    Bila dah masak (naik baunya) masukkan sedikit air, susu cair, tomato, bawang goreng yang diblender, garam dan gula.
4.    Masak sehingga pekat.
5.    Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng, kismis, kacang tanah, hati pedal.
6.    Sebaiknya biarlah manis, sesuai makan dengan roti jala.


“SELAMAT MENCUBA PASTI SEDAP”


PAJERI TERUNG


Bahan-bahan:

4 biji terung – dipotong panjang

4 biji bawang merah – ditumbuk

2cm halia – dihiris

1 bungkus rempah kari terung sinar spices(20gm) – dibancuh dengan sedikit air

4cm kulit kayu manis

3 sudu makan kerisik

1 cawan santan pekat

4 sudu makan minyak masak

Garam dan gula secukup rasa



Cara Memasak

• Panaskan minyak dalam periuk, tumis kulit kayu manis, bawang merah dan halia sehingga naik

baunya(kekuningan)

• Selepas itu masukkan rempah kari terung

• Kemudian masukkan santan pekat, kerisik, kacau sampai rata

• Masak sehingga naik minyak

• Masukkan terung dan masak sehingga lembut

• Masukkan garam dan gula secukup rasa

• Angkat dan hidang

“SELAMAT MENCUBA PASTI SEDAP”